Kelantan isytihar GISBH sesat jika ajaran menyamai al-Arqam: Mufti

LocalPolitics
21 Sep 2024 • 8:12 PM MYT
Scoop.my
Scoop.my

News You Can Use, Investigative Reports, Sports, Videos, and Analysis

image is not available

KOTA BHARU - Kelantan hanya akan mengisytiharkan ajaran dalam GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH) sebagai sesat sekiranya ia menyamai organisasi al-Arqam yang difatwakan haram sebelum ini.

Mufti Kelantan Datuk Mohamad Shukri Mohamad berkata perkara itu memerlukan siasatan lanjut dan bukti sahih sebelum sebarang keputusan dimuktamadkan.

Beliau berkata pihaknya juga akan membawa isu berkenaan ke Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam yang bakal diadakan di Kuala Lumpur pada hujung bulan ini.

"Saya akan membincangkan isu ini di jawatankuasa muzakarah jika ada perkara-perkara berbangkit atau ciri-ciri baharu dalam GISBH, maka barulah satu fatwa baharu akan dikeluarkan," katanya kepada Bernama hari ini.

Semalam, Mesyuarat Khas Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis memutuskan kepercayaan dan ajaran dalam GISBH mengandungi unsur ajaran sesat khususnya batiniah.

Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata ia juga adalah kesinambungan daripada ajaran al-Arqam yang telah difatwakan sesat. - 21 September, 2024

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved