
Ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang mencapai usia 55 dan 60 tahun boleh memilih skim i-Emas bagi membolehkan mereka menerima pengeluaran simpanan secara bulanan.
Melalui skim ini, baki simpanan yang belum dikeluarkan berpeluang terus menjana dividen, sekali gus membantu ahli menguruskan kewangan selepas bersara.
Sementara itu, bantuan warga emas bagi tahun hadapan turut ditingkatkan kepada RM1.3 bilion, yang dijangka memberi manfaat kepada hampir 200,000 penerima.






