Jual tanah RM367,950 labur skim pelaburan palsu

LocalBusiness & Finance
5 Oct 2026 • 10:55 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Jual tanah RM367,950 labur skim pelaburan palsu

KUALA TERENGGANU – Gara-gara terpengaruh dengan skim pelaburan tidak wujud, habis simpanan hasil jualan tanah seorang pesara berusia 70-an berjumlah RM367,950 lesap begitu sahaja.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd. Noor berkata, lelaki warga emas itu telah dihubungi seorang wanita tidak dikenali pada 31 Julai lalu.

“Pada mulanya, suspek mendakwa telah tersalah nombor kononnya sebenarnya mahu menghubung individu lain yang merupakan seorang kontraktor.

“Mereka kemudiannya berkenalan sebelum suspek menawarkan skim pelaburan yang kononnya boleh menjana pendapatan lumayan kepada mangsa,” katanya di sini hari ini.

Azli berkata, pada awalnya, pesara itu telah memperolehi pulangan bagi tiga transaksi pelaburan terawal membuatkan dia semakin yakin.

Beliau berkata, lelaki warga emas tersebut kemudian telah menambah pelaburan berjumlah keseluruhan RM367,950 secara beransur-ansur antara 22 Ogos hingga 30 September lalu.

“Mangsa kemudian dimaklumkan kononnya keuntungan terkumpul yang diperolehi menerusi pelaburan itu sudah mencecah RM800,000.

“Begitupun, hasrat dia untuk mengeluarkan keuntungannya dihalang kononnya pelaburan dibuatnya mempunyai masalah dengan isu pencukaian,” katanya. – KOSMO! ONLINE

The post Jual tanah RM367,950 labur skim pelaburan palsu appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved