Ahli Parlimen ditahan SPRM berhubung projek fidlot Kerajaan Kedah

LocalPolitics
5 Dec 2025 • 11:30 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
SPRM menahan seorang Ahli Parlimen pada Khamis bagi tujuan pertuduhan berkaitan usahasama ternakan lembu milik Kerajaan Kedah.

ALOR SETAR – Seorang Ahli Parlimen ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kedah pada Khamis bagi tujuan pertuduhan berkaitan usahasama ternakan lembu milik kerajaan negeri.

Menurut sumber, penahanan itu susulan siasatan yang dijalankan sejak Februari lalu, melibatkan dakwaan penerimaan kira-kira RM400,000 sebagai balasan membantu mendapatkan hak penggunaan tanah bagi projek fidlot tersebut.

"Kertas siasatan telah dibuka susulan aduan yang diterima pada 10 Februari 2025.

"Siasatan berkaitan kes ini telah dijalankan dan melibatkan seramai 15 orang saksi yang telah dirakam percakapan," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Sementara itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki ketika dihubungi turut mengesahkan tangkapan berkenaan

Beliau berkata, Ahli Parlimen terbabit telah dirakam percakapan di bawah Seksyen 53(3) Akta SPRM 2009 sebelum dibebaskan dengan jaminan.