SPRM Sahkan Albert Tei Ditahan, Nafi Acukan Pistol Di Kepala

LocalPolitics
28 Nov 2025 • 5:43 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

SPRM Sahkan Albert Tei Ditahan, Nafi Acukan Pistol Di Kepala

PUTRAJAYA, 28 Nov (Bernama) — Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menahan ahli perniagaan Albert Tei, di rumahnya di Puchong, Selangor pagi tadi.

Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki dalam kenyataan berkata penahanan lelaki itu dilakukan mengikut prosedur yang ditetapkan.

“SPRM juga ingin menafikan berlakunya situasi di mana pegawai suruhanjaya ini mengacukan senjata di kepala ahli perniagaan Albert Tei ketika tangkapan dilakukan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

BACA: Shamsul Iskandar Buat Laporan Polis Terhadap Albert Tei

Berikutan itu, Azam berkata satu laporan polis telah dibuat hari ini bagi membolehkan pihak berkuasa terbabit menjalankan siasatan atas fitnah yang dibuat terhadap pegawai SPRM berkenaan.

Beliau berkata laporan polis itu juga bagi memastikan tiada pihak tertentu menyebarkan sebarang berita tidak sahih yang berkemungkinan dengan niat bagi mengganggu siasatan SPRM.

Terdahulu, media melaporkan SPRM menyerbu dan menahan ahli perniagaan berkenaan di rumahnya di Puchong pagi tadi.

Sumber: Bernama

The post SPRM Sahkan Albert Tei Ditahan, Nafi Acukan Pistol Di Kepala appeared first on Siakap Keli.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved