Ahli Parlimen Maklumkan Kes Kim Seri ‘Scam’ Pelancong Malaysia Kepada Menteri Dalam Negeri

LocalPolitics
21 Aug 2025 • 2:47 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Ahli Parlimen Bukit Bendera, Syerleena Abdul Rashid telah membawa kes penipuan Kim Seri yang kini menetap di Korea, untuk dimaklumkan kepada menteri.

Menerusi Instagram, Syerleena telah bertemu dengan Norhayati Abd Manaf iaitu Setiausaha Akhbar kepada Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution, membawa beberapa lampiran dokumen berkaitan kes berkenaan.

Bagi pihak mangsa-mangsa yang telah ditipu oleh Kim Seri. Saya rasa mereka telah menghantar emel, tapi kali ini saya bawa satu salinan dan berharap Yang Berhormat Menteri dapat lakukan sesuatu untuk bantu mangsa-mangsa.

image is not available

Akan sampaikan kepada YB Menteri

Syerleena turut menerangkan kepada Norhayati tentang angka jumlah keseluruhan yang telah ditipu oleh Kim Seri melibatkan beberapa kumpulan pelancong dari Malaysia.

Difahamkan, lampiran dokumen berkenaan merupakan memorandum yang disediakan oleh mangsa dan Norhayati kemudian mengesahkan menerima memorandum berkenaan.

Memorandum campur tangan YB Menteri berkenaan kes pelancongan ke Korea Selatan oleh pempengaruh Malaysia, Kim Seri. Saya akan sampaikan pada YB Menteri.

Tak mahu imej Malaysia terjejas

Dalam pada itu, Syerleena juga berkata kes ini dikira penting kerana bukan sahaja mahu membantu mangsa tetapi juga kerana enggan imej dan reputasi Malaysia terjejas.

Dan kita pun taknak bagi orang Malaysia takut nak ke sana (Korea Selatan).

image is not available 2025-08-20 10:32:06

"Kau Telan Duit 72 Staf Untuk Pergi Bercuti" - Guna Isu Anak Untuk Raih Simpati Ramai, Ex Kakak Ipar Dedah 'Jenayah' Kim Seri