Ahli Parlimen PN bahas RCI Tabung Haji Oktober ini

LocalPolitics
23 Aug 2026 • 7:59 AM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Tabung haji

KOTA BHARU: Perikatan Nasional (PN) akan membahaskan isu Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berkaitan Tabung Haji (TH) pada persidangan Dewan Rakyat, Oktober ini.

Ketua Whipnya, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, pihaknya mempunyai strategi tersendiri menangani isu berkenaan.

“Kita (PN) akan bahas RCI Tabung Haji semasa perbahasan belanjawan Oktober ini dan itu strategi PN.

“Kita sudah tahu naratif yang dibawa oleh PH (Pakatan Harapan) dalam RCI Tabung Haji. Tunggu, kita akan datang Oktober ini,” katanya selepas majlis Ceramah Isu Semasa dan Rang Undang-Undang (RUU) Kesalahan Syariah (Kelantan) 2026 di sini, malam tadi.

Beliau berkata demikian bagi mengulas dakwaan mengatakan PN tidak mengambil berat isu RCI berkaitan Tabung Haji semasa sidang Parlimen baru-baru ini.

Utusan Malaysia sebelum ini melaporkan, pembangkang mempertikai status Sidang Khas Dewan Rakyat RCI TH yang didakwa hanya bertaraf penerangan menteri tanpa sebarang keputusan Parlimen.

Sementara itu, Takiyuddin yang juga Setiausaha PN mengesahkan beliau menghadiri satu taklimat yang dibuat oleh Ahli Parlimen UMNO pada 10 Ogos lalu.

Katanya, pertemuan itu langsung tidak menjadi asas kepada tindakan PN meminta sidang berkenaan ditangguhkan.

“Saya mengesahkan pada 10 Ogos baru-baru ini, saya menghadiri taklimat yang dibuat oleh Ahli Parlimen UMNO. Saya mengaku, saya pergi situ.

“Tetapi kita dapat maklumat daripada pihak-pihak berkenaan, bukan daripada UMNO. Apa salahnya? Kita sudah bekerjasama. Saya pergi, saya mengaku saya pergi. Tapi itu bukan alasan kita minta,” ujarnya. – UTUSAN

The post Ahli Parlimen PN bahas RCI Tabung Haji Oktober ini appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved