'Jangan sibuk bahas Taiwan, bahas dulu Tabung Haji' - AMK

LocalPolitics
22 Aug 2026 • 5:59 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: 'Jangan sibuk bahas Taiwan, bahas dulu Tabung Haji' - AMK
Danish Hairudin

SHAH ALAM - Pas disaran memberi perhatian kepada isu Tabung Haji (TH) terlebih dahulu berbanding mengajar kerajaan mengenai konflik China-Taiwan dan dasar luar negara.

Ketua Penerangan Angkatan Muda Keadilan (AMK), Danish Hairudin berkata, parti itu sepatutnya membahaskan perkara yang lebih dekat dengan kepentingan umat Islam khususnya pendedahan laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) institusi berkenaan.

"Pas hari ini begitu ghairah mahu mengajar Perdana Menteri tentang konflik China-Taiwan dan bagaimana Malaysia harus mengurus dasar luar negara.

"Saya cadangkan Pas jangan pergi terlalu jauh dahulu. Sebelum sibuk bahas Taiwan, lebih baik bahas Tabung Haji," katanya menerusi hantaran di Facebook pada Sabtu.

Terdahulu, media melaporkan Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan mendakwa kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam temu bual media antarabangsa baru-baru ini meletakkan negara pada kedudukan diplomatik yang sukar serta menyempitkan ruang diplomasi.

Jelas Danish, laporan RCI itu telah mendedahkan campur tangan serta pertimbangan politik mempengaruhi beberapa keputusan penting TH termasuk hibah, bayaran haji dan Bantuan Kewangan Haji.

"Antara lain termasuklah beberapa pelaburan yang mencurigakan dan kerugian 100 peratus.

"Lebih serius, terdapat isu melibatkan RM22.12 juta dana Yayasan Tabung Haji yang menjadi antara perkara yang disiasat," ujarnya.

Beliau berkata, Pas wajar menyelesaikan persoalan berkaitan pengurusan institusi yang mempunyai kepentingan kepada umat Islam.

"Jadi sebelum Pas mahu menjadi pakar geopolitik dan mengajar kerajaan tentang Beijing dan Taipei, bahas dahulu persoalan yang lebih dekat dengan umat Islam," katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved