Belanjawan 2027 ambil kira keadaan geopolitik dunia

LocalPolitics
23 Aug 2026 • 10:35 AM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Belanjawan 2027 ambil kira keadaan geopolitik dunia

KUALA LUMPUR: Belanjawan 2027 yang akan dibentangkan pada 9 Oktober ini akan mengambil kira keadaan geopolitik dunia bagi memastikan kos sara hidup rakyat Malaysia dapat ditangani secara berkesan.

Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil berkata, fokus Belanjawan 2027 termasuk memastikan isu kos sara hidup rakyat dapat ditangani dengan lebih menyeluruh.

Menurut beliau, kerajaan mengambil kira keadaan geopolitik yang pada ketika ini masih belum selesai dan memberi kesan kepada kos sara hidup rakyat.

“Jadi mungkin dari segi perkiraan harga minyak mentah yang biasanya menjadi salah satu kayu ukur, itu akan menjadi antara faktor yang akan diambil kira,” katanya ketika ditemui pada Program Kembara Merdeka Jalur Gemilang x Jago di Pasar Taman Seri Sentosa, di sini.

Fahmi berkata, kerajaan turut memberi fokus kepada projek-projek yang diyakini dapat menyelesaikan masalah rakyat dengan kadar segera.

“Ia termasuk usaha untuk meraih lebih banyak pelaburan, bukan sahaja domestik tetapi juga antarabangsa dan juga yang mampu melaksanakan Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) dengan baik,” katanya.

Bagi pihak Kementerian Komunikasi, Fahmi berkata, kementeriannya akan terus menggiatkan usaha seperti meluaskan capaian internet terutama di kawasan-kawasan pedalaman serta menangani isu yang dihadapi oleh petugas media.

“Saya juga lihat isu berkenaan bagi rakan-rakan media contohnya, isu kemapanan ini akan menjadi satu perkara yang kita akan teliti, apakah cara terbaik untuk membantu.

“Dan mungkin beberapa insentif seperti Insentif Konsert dan Acara di Malaysia (CIME) dan juga Insentif Penggambaran di Malaysia (FIMI). Kedua-dua ini mampu menarik lebih banyak pelabur untuk datang ke Malaysia.

“Jadi itu yang pada waktu ini perbincangan di peringkat Kementerian Komunikasi dan mesej yang telah kami terima juga daripada Kementerian Kewangan,” katanya.-UTUSAN

The post Belanjawan 2027 ambil kira keadaan geopolitik dunia appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved