Ahli Politik Indonesia Kecewa e-KTP Di Indo Tak Dimanfaatkan, Siap Bandingkan Dengan MyKad [Video]

LocalPolitics
23 Apr 2026 • 11:49 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

Image from: Ahli Politik Indonesia Kecewa e-KTP Di Indo Tak Dimanfaatkan, Siap Bandingkan Dengan MyKad [Video]

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Rakyat Malaysia pasti bersetuju yang MyKad bukan sekadar kad pengenalan biasa, tapi satu inovasi penting yang mencerminkan kemajuan sistem pentadbiran di Malaysia.

Mula diperkenalkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara pada September 2001, MyKad menawarkan pelbagai fungsi hanya dengan menggunakan satu cip pintar, menjadikannya antara kad pengenalan paling canggih di dunia pada waktu itu.

Seiring dengan peredaran zaman, fungsi MyKad yang turut dilengkapi Touch ‘n Go (TNG) terus meluas antaranya untuk urusan perbankan atau sebagai medium pengesahan identiti bagi mengaktifkan Pas My50 iaitu pas perjalanan tanpa had selama 30 hari buat warga Malaysia yang menggunakan pengangkutan awam seperti LRT, MRT, Monorel, BRT, bas Rapid KL dan bas feeder MRT di Lembah Klang.

Malah sejak September 2025, MyKad pula digunakan sebagai ‘kunci utama’ pengesahan identiti bagi orang ramai membeli petrol bersubsidi BUDI95.

BACA ARTIKEL BERKAITAN: BUDI95: Tak Perlu Beratur Dekat Kaunter, Ini Cara Imbas MyKad Di Terminal Pam Minyak [Video]

BACA ARTIKEL BERKAITAN: Simpan Dengan Selamat, JPN Kongsi Tips Jaga MyKad Daripada Rosak

BACA ARTIKEL BERKAITAN: ‘MyKad’ Bakal Berwajah Baharu, Turut Dilengkapi Dengan Ciri Keselamatan Terkini

Namun siapa sangka fungsi pelbagai guna MyKad di Malaysia menjadi penanda aras seorang Ahli Parlimen Indonesia untuk mengkritik pentadbiran kerajaan Republik itu dek kerana kecanggihan teknologi kad pengenalan di sana iaitu Kad Tanda Penduduk (e-KTP) yang tidak digunakan sebaik mungkin.

Memetik laporan IDN Times, Deddy Yevri Sitorus yang juga Ahli Komisi II Dewan Perwakilan Rakyat menyindir kerajaan Indonesia berhubung penggunaan e-KTP kerana polisi di sana yang masih mengamalkan amalan birokrasi lama yakni memerlukan salinan fotostat KTP untuk sesetengah urusan.

Deddy ketika mesyuarat kerja bersama Timbalan Menteri Dalam Negeri, Bima Arya, di Bangunan Parlimen, Jakarta pada Isnin (20 April 2026), turut berkongsi satu video oleh pencipta kandungan Indonesia, David Al Sunarna yang membuat perbandingan antara MyKad dan e-KTP.

Menerusi video tersebut David menjelaskan MyKad sudah diintegrasi dan tersedia digunakan untuk pelbagai perkhidmatan, termasuk untuk subsidi bahan api manakala e-KTP yang menelan kos hampir RM1.3 Bilion (Rp5.9 trilion) masih dikatakan terhad kepada urusan pentadbiran seperti salinan fotostat dokumen, walhal sudah dilengkapi cip dan data biometrik.

Menurutnya, masalah utama bukan pada teknologi, tetapi pada pelaksanaan dan dasar kerajaan. Beliau juga mengajak orang ramai supaya lebih kritikal terhadap penggunaan sistem yang sebenarnya sudah sedia ada.

@duniapunyacerita_

Perbandingan sistem identitas digital Indonesia dan Malaysia kembali ramai dibahas di media sosial. Kreator konten David Alfa Sunarna menyoroti penggunaan e-KTP di Indonesia yang dinilai belum optimal, meski telah menghabiskan anggaran hingga Rp5,9 triliun sejak diluncurkan. Dalam videonya, ia membandingkan e-KTP dengan MyKad milik Malaysia yang sudah terintegrasi dengan berbagai layanan, termasuk subsidi BBM. Sementara di Indonesia, e-KTP disebut masih terbatas digunakan untuk kebutuhan administratif seperti fotokopi dokumen, padahal sudah dilengkapi chip dan data biometrik. Menurutnya, persoalan utama bukan pada teknologi, melainkan implementasi dan kebijakan. Ia pun mengajak publik untuk lebih kritis terhadap pemanfaatan sistem yang sebenarnya sudah dimiliki. Kalau menurut kamu, e-KTP di Indonesia harusnya bisa dimaksimalin buat apa lagi ya? : @davidalfasunarna

♬ suara asli – Dunia Punya Cerita – Dunia Punya Cerita

Deddy yang juga ahli politik dari Parti Demokrasi Indonesia Perjuangan (PDI-P) turut bersetuju dengan apa yang dibangkitkan David dan berpendapat negara itu banyak membazirkan wang hanya untuk program data penduduk Indonesia.

Jelasnya pembaziran ini berlaku kerana terdapat beberapa agensi yang membangunkan sistem data masing-masing tanpa penyelarasan sebagai contoh Pertamina bagi urusan subsidi, serta Komisi Pemilihan Umum untuk data pengundi sedangkan ia boleh disatukan dalam satu sistem berpusat.

Tegas Deddy, isu tersebut sudah lama berlarutan tetapi masih belum dapat diselesaikan, sehingga membandingkan keadaan tersebut dengan Malaysia yang dilihat lebih ke hadapan.

“Kalau urusan membazirkan wang, kita juara nombor satu. Sedangkan kita boleh guna data (e-KTP) untuk semua urusan.

“Ini pemborosan yang luar biasa, entah bila (perkara ini) hendak diselesaikan. Memang kita harus kata kita lebih bodoh dari orang Malaysia kalau urusan ini kerana tidak pernah selesai.

“Benar apa yang disebutkan (David) tadi. Ini soal political will.

“KTP kita sudah guna cip, (namun) apa-apa urusan harus pakai fotokopi, surat lahir, surat baptis.. mampus kita.”

Jelas beliau lagi perkara yang dibangkitkan itu adalah isu asas dan sebahagian daripada perkhidmatan kerajaan.

“Jadi untuk apa semua itu, bila kita hilang KTP, diminta semua dokumen itu lagi. Ini urusan negara, perkhidmatan asas kerajaan. Kenapa jadi begitu remuk?” katanya lagi.

BACA ARTIKEL BERKAITAN: Siap Dalam Masa 30 Minit, Ini Cara Ganti MyKad Yang Rosak Melalui Panggilan Telefon