Insta360 Mic Pro Diperlihatkan Dengan Paparan E‑Ink Boleh Diubah Suai Untuk Logo

TechnologyDigital
23 Apr 2026 • 12:05 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Insta360 mula memperlihatkan Mic Pro iaitu mikrofon nirwayar khusus untuk pencipta kandungan. Meskipun kecil dan berbentuk bulat seperti mikrofon nirwayar lain, keistimewaan Mic Pro ialah reka bentuknya yang memang ditujukan untuk kelihatan di dalam rakaman video.

Image from: Insta360 Mic Pro Diperlihatkan Dengan Paparan E‑Ink Boleh Diubah Suai Untuk Logo

Ia hadir dengan paparan e‑ink boleh diubah suai yang membolehkan pencipta memaparkan logo, nama atau penjenamaan peribadi secara terus di dalam video. Selain itu, Mic Pro turut dilengkapi ciri “Direct Connect” yang membolehkan rakaman audio terus ke kamera Insta360 yang disokong termasuk siri Luna akan datang, tanpa memerlukan penerima berasingan. Ia juga mempunyai sehingga tiga mikrofon terbina dengan pemprosesan berasaskan AI serta pengurangan hingar menggunakan NPU bagi memastikan audio kekal jelas dalam pelbagai persekitaran.

Sebagai tambahan, Mic Pro menyokong fungsi rakaman terbina sebagai sandaran sekiranya berlaku gangguan semasa rakaman. Dalam masa sama, Mic Pro disertakan dengan bekas khusus yang berfungsi sebagai unit pengecasan lengkap dengan empat lampu LED untuk menunjukkan status bateri. Buat masa ini, harga dan tarikh pelancaran rasmi masih belum diumumkan.