Ahmad Maslan tidak patut remehkan slogan ‘Sabah for Sabahan’

LocalPolitics
21 Jul 2025 • 9:12 AM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Iskandar Dzulkifli

PAPAR: Datuk Seri Ahmad Maslan tidak sepatutnya tidak meremehkan slogan ‘Sabah For Sabahan’ (S4S) dengan menyamakan Sabah dengan status negeri-negeri lain di Malaysia apabila Perjanjian Malaysia secara jelas menyatakan bahawa kedua-dua negeri Borneo adalah rakan kongsi sama rata.

Naib Presiden PBS Datuk Ruslan Muharam berkata S4S adalah lambang aspirasi rakyat Sabah yang mahu melihat kemajuan dan kesejahteraan Sabah dikendalikan anak watan tanpa menafikan kerjasama dengan kerajaan persekutuan.

“S4S adalah cerminan realiti, bukan retorik politik kerana slogan ini manifestasi kepada semangat perjuangan rakyat Sabah untuk hak dan keistimewaan yang termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63),” kata Ruslan selepas melancarkan program G-NIUS e-Tuition.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []};googletag.cmd.push(function() {googletag.defineSlot('/22826383987/dailyexpress_inline', [1, 1], 'gpt-passback').addService(googletag.pubads());googletag.enableServices();googletag.display('gpt-passback');});Tegasnya, Ahmad harus lebih peka dan menghormati sensitiviti orang Sabah tanpa perlu memperlekehkan S4S yang mewakili hak dan maruah rakyat Sabah.

Ahmad yang juga Ketua Sekretariat War Room Umno Pusat baru-baru ini berkata slogan Malaysia Untuk Sabah (M4S) lebih inklusif berbanding S4S.

Menurut Ahli Parlimen Pontian itu, M4S bermaksud orang Sabah bukan hanya untuk Sabah saja tetapi untuk seluruh Malaysia kerana berkongsi negara yang sama bersama 14 negeri lainnya.

Sebagai respons, Ruslan menegaskan Sabah bukan setakat sebuah negeri tetapi merupakan salah satu daripada tiga wilayah yang membentuk Malaysia bersama Sarawak dan Tanah Melayu di bawah MA63.

Ruslan, yang juga Pembantu Menteri Kepada Ketua Menteri, mengkritik sesetengah pihak yang menyamakan Sabah dengan negeri-negeri lain, dengan mengatakan ia menunjukkan kejahilan terhadap sejarah pembentukan Malaysia.

“Sabah adalah wilayah, bukan negeri biasa. Kedudukannya unik dan istimewa bersama Sarawak dan Tanah Melayu membentuk negara ini sebagaimana termaktub dalam MA63, selaras dengan pindaan perlembagaan 2022.

“Justeru itu, semua pihak harus tahu fakta ini seterusnya menghormati sejarah serta semangat perjanjian yang menjadi asas kepada Malaysia hari ini,” tegasnya.