Ahmad Zahid hargai peranan Makkal Sakti dalam keluarga BN

LocalPolitics
27 Sep 2026 • 4:59 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Ahmad Zahid hargai peranan Makkal Sakti dalam keluarga BN

PETALING JAYA – Barisan Nasional (BN) menghargai peranan Parti Makkal Sakti Malaysia dalam memperjuangkan kepentingan masyarakat, khususnya komuniti India, serta komitmen parti itu bersama BN sepanjang 18 tahun penubuhannya.

Presiden BN yang juga Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, hubungan dan ruang perbincangan antara BN dengan Makkal Sakti terus dipelihara meskipun landskap politik negara mengalami pelbagai perubahan.

“Penghargaan saya ucapkan kepada seluruh keluarga Makkal Sakti yang sentiasa bersama Barisan Nasional dalam susah dan senang.

“Dalam setiap pilihan raya, kalian antara yang turun bekerja siang dan malam menggerakkan jentera. Sumbangan dan kesetiaan itu amat besar nilainya,” katanya di laman sosial.

Terdahulu, beliau menyempurnakan perasmian Perhimpunan Agung Tahunan Ke-18 Parti Makkal Sakti Malaysia di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL).

Menurut beliau, Makkal Sakti juga telah menjadi sebahagian daripada perjalanan serta sejarah perjuangan BN.

Katanya, pandangan yang dibawa parti berkenaan berkaitan pendidikan, kemahiran, peluang pekerjaan, keusahawanan dan kebajikan masyarakat India wajar diberi perhatian.

“Bagi saya, suara rakyat perlu didengar, dibawa ke meja perbincangan dan sedaya upaya diterjemahkan kepada tindakan yang memberi manfaat,” katanya.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid turut merakamkan penghargaan kepada Presiden Makkal Sakti, Datuk Seri R.S. Thanenthiran serta seluruh keluarga parti itu atas kebersamaan yang terjalin selama ini.

Beliau berharap hubungan berkenaan terus menjadi ruang untuk kedua-dua pihak berbincang, memperbaiki kekurangan dan bekerjasama demi kepentingan masyarakat serta negara.-KOSMO! ONLINE

The post Ahmad Zahid hargai peranan Makkal Sakti dalam keluarga BN appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved