Ahmad Zahid tiba Menara Dato' Onn sempena ulang tahun UMNO

Politics
11 May 2023 • 8:00 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Ahmad Zahid tiba di Surau Ar Rahman, Menara Dato' Onn, WTCKL pada Khamis.

KUALA LUMPUR - Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dilihat tiba di Surau Ar Rahman, Menara Dato' Onn, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) pada Khamis jam 7.35 petang.

Kehadiran Timbalan Perdana Menteri itu adalah bagi Sambutan Ulang Tahun UMNO ke-77 yang diadakan di bangunan tersebut bersama pimpinan UMNO yang lain.

Antara pemimpin UMNO yang turut hadir adalah Naib Presiden UMNO, Mohammad Hassan yang tiba pada 6.05 petang; Naib Presiden UMNO, Datuk Johari Ghani dan Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh.

Aturcara itu turut melibatkan pembacaan amanat daripada Presiden UMNO selepas bacaan surah yasin, tahlil dan doa selamat.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved