AI Stable Audio 2.0 Boleh Menjana Muzik Sepanjang 3 Minit

TechnologyDigital
3 Apr 2024 • 8:36 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Kemampuan Stable Audio oleh Stability AI dipertingkatkan lagi selepas Stable Audio 2.0 dilancarkan sebentar tadi. AI generatif muzik ini boleh menjadi muzik sepanjang 3 minit dengan ia turut boleh digunakan secara percuma.

Muzik boleh dijana menggunakan prom atau sampel muzik yang tidak mempunyai hak cipta terpelihara. Pada ketika ini muzik boleh dijana tetapi tanpa sebarang lirik. Menurut Stability AI, Stable Audio telah dilatih menggunakan 800,000 muzik daripada AudioSparx. Hanya muzik yang tidak mempunyai hak cipta terpelihara sahaja digunakan untuk melatih model bagi memastikan tidak berlaku sebarang isu disaman di masa hadapan.

Tahun lalu Stable Audio 1.0 dilancarkan tetapi dengan had menjana muzik sepanjang 90 saat. Sejak itu terdapat beberapa lagi AI generatif menjadi muzik telah dilancarkan bagi membolehkan pengguna menghasilkan muzik tanpa hak cipta untuk kegunaan peribadi.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved