Aplikasi Adobe Express Beta Hadir Dengan Sejumlah Ciri AI Baharu

TechnologyDigital
8 Mar 2024 • 10:40 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Adobe Firefly adalah ciri kecerdasan buatan Adobe tersendiri. Ia boleh menjana audio, video, gambar atau juga vektor berasaskan prom teks. Firefly turut bertanggungjawab untuk ciri Generative Fill, Generative Expand dan banyak lagi. Terbaru, Adobe telah mengemaskini aplikasi Adobe Express untuk iOS dan Android dengan sejumlah ciri AI.

Adobe Express serba baharu ini masih dalam peringkat beta dan ia percuma untuk diuji oleh semua pengguna Creative Cloud. Menurut deskripsi aplikasi, ia boleh membantu mencipta video TikTok dan Reels serta melakukan banyak perkara dengan AI. Empat ciri AI yang disertakan adalah;

  • Teks-ke-imej
  • Buang objek
  • Memasukkan objek
  • Kesan pada teks

Adobe turut memberi peringatan yang tidak semua peranti boleh menggunakan aplikasi baharu ini. Jika peranti iOS, ia mesti menjalankan iOS 16 ke atas. Sementara peranti Android, ia memerlukan 4GB RAM dan Android 10 ke atas.

Sementara fasa beta ini, semua pengguna boleh menggunakan aplikasi ini dengan ciri AI secara percuma. Selepas ia dilancarkan secara stabil, langganan berharga $9.99 sebulan akan dikenakan. Adobe Express adalah aplikasi yang bukan sahaja boleh digunakan pada iOS atau Android, tetapi turut pada desktop. Adobe Express bagi yang tidak tahu adalah aplikasi yang menawarkan perkhidmatan seakan Canva.