Aidid Marcello, Norzie Pak Wan Chek Kongsi Keputusan SPM Anak

LocalFamily & Parenting
31 Mar 2026 • 6:32 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Aidid Marcello, Norzie Pak Wan Chek Kongsi Keputusan SPM Anak

Hari ini menyaksikan detik bersejarah calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) menerima keputusan yang dinanti.

Seluruh negara dibanjiri dengan senyuman serta air mata guru dan ibu bapa yang turut sama meraikan.

Begitu juga pasangan personaliti televisyen, Norzie Pak Wan Chek dan suami, Aidid Marcello yang berkongsi berita gembira anak lelaki mereka, Muhammad Iman Aidid Marcello.

Menerusi rakaman yang dimuat naik, Iman berjaya mendapat 1A+, 6A, 1A- dan 1B.

image is not available

“Alhamdulillah, ni semua kerja Allah. Setahun setengah tinggal sekolah pergi hafal Quran.

“Semua pun risau, sempat ka nak kejar balik belajar. Macam-macam ujian Iman tempuh masa Tahfiz dan masa sambung sekolah balik.

“Tapi dia senyum, diam dan layan ja,” kongsi Aidid Marcello menerusi satu hantaran di laman Instagram peribadinya.

Tambah Aidid, anak terunanya merupakan seorang anak yang tak banyak bercakap dan tak banyak menjawab.

image is not available

Baginya, dia sendiri kagum dengan usaha dan semangat anaknya menuntut ilmu.

Daddy dan mummy sangat bangga dan terkejut. Memang betul, jangan pernah putus doa, minta mak ayah doa, atok nenek doa,” pesannya.

image is not available

Dalam pada itu, Aidid sempat menzahirkan ucapan tahniah kepada calon SPM yang lain.

“Kita saling mendoakan semoga semua mereka ni dipermudahkan dan dapat belajar di tempat yang terbaik serta berjaya dunia akhirat,” ucapnya mengakhiri perkongsian.

Menjengah ke ruangan komen, warga maya berpusu-pusu mengucapkan tahniah kepada keluarga berkenaan.