Aidid Marcelo kongsi anak tinggalkan sekolah setahun setengah demi hafaz al-Quran, kini raih 8A SPM- 'Jangan putus doa'

LocalFamily & Parenting
31 Mar 2026 • 4:48 PM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

image is not available

SETIAP ibu bapa tentu pernah rasa risau bila anak mengambil jalan berbeza dari arus biasa. 

Namun bagi personaliti televisyen, Norzie Pak Wan Chek dan suami, Aidid Marcelo, pengalaman itu menjadi pengajaran manis apabila anaknya lelaki mereka membuktikan bahawa usaha, doa dan kesabaran mampu membawa kejayaan luar biasa.

Muhammad Iman, berjaya memperoleh 8 A dan 1 B dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) meskipun pernah meninggalkan sekolah selama setahun setengah untuk menghafaz Al-Quran. 

Kejayaan itu bukan sekadar angka, tetapi simbol ketabahan dan kesungguhan seorang remaja yang menempuh pelbagai ujian iman.

Bukan mudah untuk kembali mengejar pelajaran selepas lama berhenti. 

Anaknya itu dikatakan menghadapi pelbagai cabaran semasa di tahfiz dan selepas menyambung persekolahan, namun pilihan Muhammad Iman untuk tenang, diam, dan fokus ternyata membuahkan hasil.

“Macam-macam ujian iman tempuh masa tahfiz & masa sambung sekolah balik,” tambahnya. 

Namun, keberanian anaknya menghadapi cabaran itu akhirnya membuahkan keputusan yang mengejutkan keluarga.

Baik Norzie mahupun Aidid, kedua-duanya tidak menahan rasa bangga dan terharu. 

“Daddy & mummy sangat bangga & terkejut. Memang betul, jangan pernah putus doa, minta mak ayah doa, atok nenek doa,” jelasnya sambil menitipkan ucapan tahniah kepada semua calon SPM.

image is not available

Aidid Marcelo yang berkongsi momen manis itu di Instagram miliknya, menekankan bahawa doa menjadi kekuatan utama sepanjang perjalanan anak mereka.

“Alhamdulillah, ni semua kerja ALLAH. 18 bulan berenti sekolah pergi hafal Quran. Semua pun risau, sempat ke nak catch-up balik belajar. 

"Macam-macam ujian Iman tempuh masa Tahfiz & masa sambung sekolah balik. Tapi dia senyum, diam & layan je. 

"Anak yang tak banyak cakap, tak banyak menjawab & kadang-kadang pelik bila dia belajar.  Tahniah kepada anak-anak yang lain juga, ungkapnya lagi.

Perkongsian berkenaan menuai perhatian ramai warganet, rata memuji ketabahan dan disiplin Muhammad Iman, serta menganggap kisah ini sebagai inspirasi kepada ibu bapa dan pelajar lain bahawa tiada apa yang mustahil apabila disertai usaha, doa, dan kesabaran.