Aidiladha: 17 Maut, Nahas Jalan Raya Melonjak

9 Jun 2025 • 11:45 AM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Kira-kira 17 kematian daripada 1,413 kes kemalangan di rekodkan di seluruh negara pada hari kedua Aidiladha semalam.

Perkara itu disahkan Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman. Difahamkan, terdapat peningkatan sebanyak 136 kes kemalangan berbanding hari sebelumnya.

Bagaimanapun, jumlah kematian menunjukkan penurunan sebanyak sembilan kes meskipun jumlah nahas jalan raya meningkat.

Pada hari pertama Aidiladha, JSPT Bukit Aman menerima sebanyak 1,277 kes kemalangan membabitkan 26 kematian.

Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan untuk sentiasa berwaspada dan mematuhi undang-undang jalan raya bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini yang boleh mengorbankan nyawa.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved