Aidilfitri 2025: Larangan Kenderaan Berat Di Jalan Raya Berkuatkuasa Mulai 29 Mac Ini

20 Mar 2025 • 10:30 AM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Kementerian Pengangkutan (MT) melalui agensinya Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan menyelaras pelaksanaan penguatkuasaan Larangan Pemanduan Ke Atas Kenderaan Barangan (Road-Ban) sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri.

MoT berkata, larangan itu akan dikuatkuasakan selama empat (4) hari iaitu pada 29 dan 30 Mac 2025 (sebelum perayaan) serta pada 5 dan 6 April 2025 (selepas perayaan).

“Langkah ini diambil untuk mengelakkan kesesakan lalu lintas selain mengurangkan risiko nahas jalan raya akibat percampuran trafik antara kenderaan barangan dengan kenderaan persendirian,” katanya dalam satu kenyataan.

image is not availableimage is not available

Menurut kenyataan itu, Perintah Penurunan Had Laju Kebangsaan juga akan turut dikuatkuasakan dengan melibatkan jalan-jalan Persekutuan di seluruh seluruh negara bermula 28 Mac sehingga 6 April 2025.

“Bagi memastikan pematuhan terhadap Perintah Larangan, pihak JPJ akan mengatur gerak pasukan penguatkuasaan secara aktif di seluruh negara menerusi pelaksanaan Op Hari Raya Aidilfitri (HRA) 2025 dan operasi bersepadu bersama pihak agensi agensi penguatkuasaan yang lain,” jelasnya.