Aidilfitri: WHO saran rakyat Malaysia buat ujian Covid-19

20 Apr 2023 • 9:50 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Gambar hiasan - Foto fail Bernama

KUALA LUMPUR - Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menasihati rakyat Malaysia untuk menjalankan ujian kendiri Covid-19 sebelum pulang ke kampung masing-masing bagi menyambut hari raya.

Selain itu, pertubuhan itu juga menasihatkan agar menggunakan pensanitasi tangan dan memakai pelitup muka sebagai perlindungan bagi membendung wabak Covid-19 daripada merebak kepada warga emas.

Perkara itu dinyatakan menerusi ciapan pertubuhan itu menerusi akaun Twitter @WHOMalaysia yang turut ditweet semula oleh Twitter rasmi Kementerian Kesihatan @KKMPutrajaya.

Terdahulu, Penyimpan Mohor Besar Raja-raja mengumumkan bahawa umat Islam di Malaysia akan menyambut Aidilfitri pada Sabtu, 22 April.

Jumlah kemasukan pesakit COVID-19 ke hospital Kementerian Kesihatan bagi setiap 100,000 penduduk dilaporkan meningkat sebanyak 26.2 peratus pada minggu epidemiologi ke-15 dari 9 hingga 15 April berbanding minggu sebelumnya.

Dalam satu kenyataan baru-baru ini, Kementerian Kesihatan memaklumkan bahawa kebanyakan pesakit adalah kumpulan berisiko tinggi seperti warga emas dan individu yang mempunyai komorbiditi. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved