AIFFA 2023 Kembali Memeriahkan Suasana Pada 2 Hingga 4 Ogos Depan

5 Jul 2023 • 12:45 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

AIFFA kembali berlangsung di Kuching, Ogos depan

AIFFA 2023 Kembali Memeriahkan Suasana Pada 2 Hingga 4 Ogos Depan. Asean International Film Festival & Awards (AIFFA) Ke-6 akan kembali diadakan secara fizikal pada 2 hingga 4 Ogos 2023 depan.

Kuching Sarawak sekali lagi akan menjadi tuan rumah acara menarik tersebut selama 3 hari di mana individu hebat dalam industri filem berkumpul untuk merayakan dan mengiktiraf keunggulan filem.

image is not available
Sumber: AIFFA

Pengarah ASEAN, jurugambar, pelakon, selebriti, pelajar filem, dan peminat akan berkumpul untuk menonton filem-filem terbaik serta dengan kehadiran artis-artis yang hebat dan berbakat, serta memperolehi pengetahuan daripada pembikin atau pembuat filem paling terbaik di rantau ini.

Selaras dengan evolusi teknologi tinggi Sarawak dalam era digital ini, AIFFA 2023 akan memberi tumpuan kepada perkembangan eksponensial ASEAN dalam merangkul teknologi dalam industri filem.

image is not available
Sumber: AIFFA

Ramai selebriti turut hadir

AIFFA akan menyajikan pelbagai aktiviti filem dari rantau ASEAN yang mengarah ke sorotan perayaan di mana pemenang anugerah 2023 akan diumumkan. Terdapat ramai selebriti dan filem-filem hebat yang telah melangkaui ASEAN untuk memenangi anugerah antarabangsa.

image is not available
Sumber: AIFFA

Untuk makluman, selebriti yang pernah menghadiri acara AIFFA yang lalu ialah Tan Sri Michelle Yeh, Jackie Chan, Donnie Yen, Steven Seagal dan Nora Aunor.

Baca juga artikel yang berkaitan: