Aina butirkan emas taekwondo buat Selangor

14 Aug 2026 • 8:30 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Aina butirkan emas taekwondo buat Selangor

SHAH ALAM: Atlet muda taekwondo Selangor, Nur Aina Qistina Nor Maznizar membuktikan usia bukan penghalang untuk mencipta kejayaan apabila menghadiahkan pingat emas buat kontinjen tuan rumah pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA) 2026, hari ini.

Dalam aksi final kategori bawah 46 kilogram wanita di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC), Shah Alam, atlet berusia 16 tahun itu mempamerkan persembahan meyakinkan untuk menewaskan wakil Negeri Sembilan, Marieam Adlydelisha Afea Mohamad Adam.

Nur Aina menguasai pertarungan sejak awal apabila memenangi pusingan pertama 6-3 bagi meletakkan dirinya di landasan terbaik untuk memburu gelaran juara.

Tidak memberi ruang kepada lawannya untuk bangkit, atlet Selangor itu terus memperagakan aksi agresif pada pusingan kedua dengan mengumpul 28 mata berbanding 11 mata diraih Marieam Adlydelisha Afea.

Kemenangan 2-0 itu memastikan Nur Aina dinobatkan sebagai juara kategori bawah 46 kilogram wanita, menghadiahkan pingat emas yang cukup berharga buat kontinjen Selangor.

Lebih membanggakan, kejayaan tersebut hadir ketika Nur Aina baru berusia 16 tahun, membuktikan potensi besar yang dimilikinya untuk terus menyerlah pada masa depan.

Pingat emas yang dimenangi Nur Aina turut mengukuhkan kedudukan Selangor dalam carta kutipan pingat temasya apabila skuad tuan rumah kini mengumpul empat pingat emas keseluruhannya.-UTUSAN

The post Aina butirkan emas taekwondo buat Selangor appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved