Air Banjir Jejaskan 78 Fasiliti Kesihatan Dan Hospital Di Pantai Timur

20 Dec 2022 • 4:07 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available

Musim banjir yang telah melanda negeri-negeri pantai timur telah menjejaskan hampir 78 buah fasiliti klinik dan hospital.

Perkhidmatan sebanyak 6 hospital dan 72 buah klinik di Kelantan dan Terengganu terjejas buat sementara kerana dimasuki air banjir.

Paras air naik

image is not available

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan bahawa masih terdapat hospital di sana yang beroperasi seperti biasa.

Semua perkhidmatan di HRPZ II masih beroperasi seperti biasa walaupun bangunan hospital dimasuki air, manakala perkhidmatan makmal dan perkhidmatan pengimejan dan diagnostik di HTA diberhentikan sementara waktu.

Sebanyak 19 pesakit telah dipindahkan ke hospital yang lain kerana dikhuatiri paras air banjir akan meningkat pada bila-bila masa.

Namun begitu, hospital-hospital yang terjejas masih bersedia untuk membantu menghadapi bencana banjir dengan keperluan bekalan perubatan, makanan dan pakai buang yang mencukupi.

Kredit: BuletinTV3

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media