Air Campur Petrol: KPDN Kedah Siasat 11 Stesen Minyak

LocalCars
6 Oct 2026 • 2:15 PM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

Air Campur Petrol: KPDN Kedah Siasat 11 Stesen Minyak

image.png

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kedah telah memeriksa 11 stesen minyak di Alor Setar, Kubang Pasu, Sungai Petani, and Kulim pada Isnin lepas. Pemeriksaan mengejut ini dilakukan bagi menyiasat dakwaan tular di media sosial mendakwa bahan api petrol bercampur air hingga merosakkan kenderaan pengguna.

Pemeriksaan Menyeluruh di 11 Stesen Minyak Kedah

Fokus utama pemeriksaan ini adalah terhadap bekalan bahan api petrol RON95 yang dikesan mencetuskan kebimbangan ramai. Pegawai penguat kuasa turun padang memeriksa setiap sudut bagi memastikan hak pengguna terus terpelihara.

Kaedah Pengujian Tangki dan Sampel Makmalimage.png

Pasukan penguat kuasa menjalankan pemeriksaan fizikal menggunakan kaedah 'dipstick' atau 'dip rod' pada tangki simpanan. Bacaan manual ini kemudiannya disemak bersama sistem Automatic Tank Gauge (ATG).

Selain itu, sampel bahan api turut diambil dari pam dan tangki terlibat. Sampel ini telah dihantar kepada Jabatan Kimia Malaysia serta pihak makmal syarikat minyak untuk analisis saintifik yang mendalam.

Keputusan Awal dan Nasihat Rasmi KPDN

Hasil pemeriksaan awal mendapati tiada petunjuk jelas mengenai kehadiran air di dalam tangki simpanan stesen minyak terbabit. Bagaimanapun, pihak KPDN menegaskan keputusan ini belum muktamad.

 Pengguna yang mempunyai maklumat sahih disaran menyalurkan aduan rasmi melalui saluran portal e-Aduan KPDN atau WhatsApp di talian 019-848 8000.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved