Petrol campur air? Stesen minyak perlu tanggung kerugian pengguna jika terbukti

LocalCars
6 Oct 2026 • 7:59 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Persatuan Pengguna Kedah (Cake) menggesa stesen minyak yang terlibat bertanggungjawab terhadap kerugian pengguna sekiranya analisis makmal mengesahkan petrol RON95 yang dijual mengandungi bahan asing.

Presidennya, Mohamad Yusrizal Yusoff berkata, isu berkenaan perlu diberi perhatian serius memandangkan bahan api bermasalah berpotensi menyebabkan kerosakan pada enjin kenderaan, sekali gus mengakibatkan pengguna terpaksa menanggung kos pembaikan yang tinggi.

Beliau berkata, Cake kini menantikan keputusan analisis sampel bahan api yang diambil Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kedah daripada beberapa stesen minyak susulan dakwaan petrol bercampur air yang tular di media sosial.

“Cake berharap keputusan analisis sampel yang diambil dapat dimaklumkan kepada pengguna dengan segera.
“Jika terdapat unsur bahan asing dalam RON95, tindakan terhadap stesen minyak yang terlibat perlu dibuat supaya menjadi pengajaran dan memastikan perkara seumpama ini tidak berulang,” katanya pada Selasa.

Image from: Petrol campur air? Stesen minyak perlu tanggung kerugian pengguna jika terbukti

Pada Isnin, KPDN Kedah menjalankan pemeriksaan di 11 stesen minyak susulan aduan serta hantaran di media sosial mendakwa petrol RON95 dipercayai bercampur air sehingga menyebabkan kerosakan kenderaan.

Pemeriksaan melibatkan empat stesen minyak di Alor Setar, masing masing dua di Kubang Pasu dan Sungai Petani serta tiga di Kulim.

Pengarah KPDN Kedah, Muhammad Nizam Jamaludin berkata, sampel bahan api turut diambil dari stesen terlibat sebelum dihantar ke Jabatan Kimia Malaysia untuk dianalisis.

Analisis berkenaan akan menentukan sama ada terdapat bahan asing dalam petrol RON95 seperti yang didakwa.

Image from: Petrol campur air? Stesen minyak perlu tanggung kerugian pengguna jika terbukti

Dalam pada itu, Mohamad Yusrizal berkata, Cake menghargai tindakan pantas KPDN Kedah menjalankan pemeriksaan susulan aduan pengguna.

Menurutnya, isu berkaitan bahan api bermasalah bukan perkara baharu apabila Cake mendapati kejadian seumpama itu pernah berlaku kira kira tiga tahun lalu.

“Cake berharap proses analisis dapat dipercepatkan supaya pengguna mendapat penjelasan berhubung dakwaan berkenaan dan tindakan sewajarnya dapat diambil sekiranya terdapat pelanggaran,” katanya lagi

Sumber: Sinar Harian

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved