“Saya Ingin ‘Confirm’… – Muncul Dakwaan Minyak Petrol Tercemar, Pakcik Shell Tampil Beri Penjelasan

LocalCars
6 Oct 2026 • 2:39 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

Rumusan Artikel

  • Shell mengesahkan tiada kes pencemaran atau isu kualiti bahan api dilaporkan di rangkaian stesen mereka di utara Semenanjung.

  • Bekalan minyak zon utara diuruskan melalui terminal kendirian Shell di Bagan Luar.

  • Kawalan kualiti dilakukan sepanjang rantaian bekalan, termasuk ujian makmal, pemantauan sensor dan pemeriksaan di stesen.

  • Shell turut menjalankan prosedur tank dipping setiap hari bagi memastikan keadaan tangki bahan api berada pada tahap baik.

 

Pihak Shell mengesahkan tiada sebarang kes pencemaran atau isu berkaitan kualiti bahan api dilaporkan di rangkaian stesen minyak mereka, khususnya di wilayah utara Semenanjung Malaysia.

Advertisement

Penjelasan itu dibuat susulan kebimbangan yang tular di media sosial berhubung kualiti bekalan minyak di kawasan berkenaan.

Menerusi satu hantaran video di Instagram, pihak Shell menjelaskan bahawa bekalan minyak bagi zon utara diposisikan dan diuruskan secara terus melalui terminal kendirian syarikat di Bagan Luar.

Pakcik shell

Shell turut menegaskan bahawa kawalan kualiti dilaksanakan pada setiap peringkat rantaian bekalan sebelum bahan api diagihkan kepada pengguna.

Antara prosedur yang diamalkan termasuk ujian makmal sebelum penyahcasan, pemantauan menggunakan Auto Tank Gauge dan sensor air, kawalan ketika pengangkutan serta pemeriksaan sebelum bahan api diturunkan ke tangki stesen.

View this post on Instagram

Selain itu, prosedur ‘tank dipping’ turut dilakukan setiap hari menggunakan water finder paste bagi memastikan tangki berada dalam keadaan baik serta bebas daripada kebocoran atau resapan air.

Pihak Shell turut merakamkan penghargaan kepada tenaga kerja di stesen atas disiplin dan komitmen dalam mematuhi prosedur operasi standard (SOP) bagi memastikan kualiti bahan api kepada pelanggan sentiasa terjaga.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

BACA: “Kenapa Mekanik Kena Tanggung?” – Kereta Didakwa Terbakar Selepas Servis Tukar Minyak Di TUHU Bangi, Pelanggan Dakwa Kain Tertinggal Bawah ‘Oil Filter’

 

The post “Saya Ingin ‘Confirm’… – Muncul Dakwaan Minyak Petrol Tercemar, Pakcik Shell Tampil Beri Penjelasan first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved