‘Air dalam akuarium berkocak’ – Orang Pulau Pinang dakwa terasa gegaran

LocalEnvironment
15 Aug 2026 • 8:28 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: ‘Air dalam akuarium berkocak’ – Orang Pulau Pinang dakwa terasa gegaran

GEORGE TOWN – Penduduk di daerah Barat Daya Dan Timur Laut negeri ini mendakwa yang mereka merasai gegaran sehingga menyebabkan air di dalam akuarium berkocak manakala mikrofon di konti radio bergoyang dalam tempoh 40 saat, kira-kira 6.56 petang tadi.

Perkara itu masing-masing dikongsikan pengguna dari Bayan Baru, Jalan Burmah di sini, menerusi status WhatsApp.

Seorang pengguna yang dikenali sebagai Linda mendakwa, dia terasa gegaran kira-kira pukul 6.56 petang tadi ketika berada di rumahnya di Kampung Jawa, Bayan Baru.

“Gegaran berlaku dalam masa singkat iaitu kira-kira dua saat..Terkejut lihat air dalam akuarium berkocak,” katanya

Sementara itu, penyampai radio Radio Televisyen Malaysia (RTM), DJ Mimie berkata, dia terkejut apabila mendapati mikrofon di konti tiba-tiba bergoyang ketika sedang bersiaran.

“Ketika sedang ‘on air’, tiba-tiba kepala terasa pening sebelum saya nampak mikrofon dalam keadaan bergoyang.

“Saya segera memainkan lagu sebelum berlari keluar untuk bertanya kepada rakan-rakan lain,” ujarnya dia turut menghubungi Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) untuk mendapatkan pengesahan.

Terdahulu, media melaporkan gempa bumi bermagnitud 6.4 dilapor menggegarkan wilayah Utara Sumatera, Indonesia pada jam 6.54 petang Sabtu.

MetMalaysia dalam satu kenyataan memaklumkan pusat gempa dikesan pada koordinat 2.9 darjah Utara dan 98.8 darjah Timur. -KOSMO! ONLINE

The post ‘Air dalam akuarium berkocak’ – Orang Pulau Pinang dakwa terasa gegaran appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved