Helikopter terbakar ketika hendak berlepas di ‘airport’ Subang

15 Aug 2026 • 1:43 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Helikopter terbakar ketika hendak berlepas di ‘airport’ Subang

SUBANG JAYA – Sebuah helikopter terbakar ketika hendak berlepas bagi tujuan pengujian enjin selepas pembaikan di kawasan Karbon MRO, Lapangan Terbang Subang, di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 12.30 tengah hari itu, empat mangsa dilaporkan berjaya menyelamatkan diri dan berada dalam keadaan selamat.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Ashrul Riezal Asbar berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian pada pukul 12.30 tengah hari sebelum jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Bukit Jelutong tiba di lokasi pada pukul 12.34 tengah hari.

“Komander operasi memaklumkan terdapat sebuah helikopter terbakar 100 peratus ketika pihak bomba tiba di lokasi. Kerja-kerja pemadaman turut dilakukan oleh pasukan bomba lapangan terbang bersama anggota bertugas.

“Laporan terkini memaklumkan empat mangsa berjaya menyelamatkan diri ketika kebakaran berlaku,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Kosmo! sebelum ini melaporkan orang ramai di sekitar lapangan terbang di Subang, dikejutkan dengan kepulan asap dan kelibat jentera bomba berhampiran kawasan lapangan terbang itu hari ini.

Situasi berkenaan menarik perhatian pengguna media sosial yang mempersoalkan punca kejadian selepas melihat asap sebelum mendapati pasukan bomba berada di lokasi. – KOSMO! ONLINE

The post Helikopter terbakar ketika hendak berlepas di ‘airport’ Subang appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved