Air Selangor nafi gangguan air 13 hingga 16 Oktober

12 Oct 2026 • 4:17 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Air Selangor nafi gangguan air 13 hingga 16 Oktober

SHAH ALAM – Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd. (Air Selangor) menafikan dakwaan gangguan bekalan air secara berperingkat dari 13 hingga 16 Oktober ini yang tular di media sosial.

Air Selangor menjelaskan video kerja-kerja pembaikan loji rawatan air (LRA) yang memberikan kesan kepada ramai pengguna di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya yang dikongsi semula itu merupakan rakaman lama pada 2021.

Menurutnya, orang ramai dinasihatkan merujuk sebarang informasi sahih dan terkini mengenai kerja-kerja pembaikan dan naik taraf LRA menerusi laman rasmi Air Selangor.

“Pastikan benar, baru sebar,” katanya dalam kenyataan di Facebook rasmi Air Selangor.

Terdahulu, tular hantaran di aplikasi Thread berhubung dakwaan penutupan bekalan air secara berperingkat dan menyarankan pengguna menyimpan air bermula 13 hingga 16 Oktober ini. – KOSMO! ONLINE

The post Air Selangor nafi gangguan air 13 hingga 16 Oktober appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved