Gangguan Sementara Perkhidmatan Kad Debit CIMB Pada 17, 20 Dan 21 Oktober 2026

LocalBusiness & Finance
12 Oct 2026 • 6:04 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Gangguan Sementara Perkhidmatan Kad Debit CIMB Pada 17, 20 Dan 21 Oktober 2026

CIMB memaklumkan bahawa sistem MyDebit akan mengalami gangguan sementara secara berjadual pada bulan Oktober 2026 berikutan kerja-kerja penyelenggaraan sistem bagi meningkatkan pengalaman pengguna. Semua pembelian menggunakan kad debit CIMB (dalam talian dan di kedai) melalui MyDebit, Visa dan Mastercard akan terjejas sepanjang tempoh berikut:

  • 17 Oktober 2026 (Sabtu) dari pukul 12.00 tengah malam hingga 5.00 pagi
  • 20 Oktober 2026 (Selasa) dari pukul 12.00 tengah malam hingga 7.30 pagi
  • 21 Oktober 2026 (Rabu) dari pukul 12.00 tengah malam hingga 5.00 pagi
CIMB Clicks

Sebagai alternatif, pengguna boleh menggunakan kad kredit CIMB (pada 17 Oktober 2026), serta FPX DuitNow, DuitNow QR atau kad kredit CIMB (pada 20 dan 21 Oktober 2026) bergantung pada kesesuaian. CIMB memohon maaf atas segala kesulitan yang mungkin timbul akibat penyelenggaraan ini dan menghargai kesabaran orang ramai sepanjang tempoh tersebut. Bagi meminimumkan gangguan, pengguna disarankan merancang urusan pembayaran mengikut jadual penyelenggaraan yang ditetapkan.

Sumber: CIMB

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved