“Air sirap ke tu?” – [VIDEO] Peminat Kecewa Tengok MK K-Clique Berhibur Di Kelab Malam

Entertainment
31 Jan 2023 • 3:30 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Baru-baru ini penyanyi rap terkenal, MK K-Clique menjadi bahan bualan netizen setelah sebuah video tular di media sosial yang memaparkan MK sedang syok berhibur di sebuah kelab malam yang bertempat di Kuala Lumpur.

MK pergi ‘clubbing’?

@sukiicheong

Eleh datang dekat2 pulak malu la kita #fypdongggggggg

♬ original sound – –

Menerusi video berkenaan dapat dilihat MK sedang rancak berhibur di atas deck bersebelahan DJ yang sedang memainkan lagu Joe Flizzow bertajuk Satu Malam Di Temasek.

Walaubagaimanapun, apa yang menarik perhatian netizen adalah sebuah botol air yang berada di hadapan MK yang sedang menari itu dan ada juga segelintir netizen yang mendakwa botol tersebut adalah sejenis air minuman keras.

Menurut portal, tindakan anggota kumpulan K-Clique itu telah membuat peminatnya berasa kecewa setelah melihat MK berada di sebuah kelab malam.

Apa komen netizen?

Tinjauan ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa kecewa, namun ada juga netizen yang mempersoalkan ada kemungkinan MK cuma berhibur di sebuah bilik karaoke VIP.

image is not available

Tahun lalu, mStar ada melaporkan bahawa MK pernah memberitahu bahawa dirinya sudah menyertai kelas belajar agama bersama kumpulan tabligh di Jerantut, Pahang.

Sehingga kini, masih belum ada apa-apa penjelasan daripada pihak MK sendiri berkenaan dengan kontroversi ini.

Manusia biasa tak lari dari buat kesilapan… Apa kata kita tunggu respon dari tuan badan?

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.