AirAsia Di Tangga Ke-24 Syarikat Penerbangan Global, Ke-7 Jenama Paling Bernilai Malaysia

LocalBusiness & Finance
30 May 2025 • 2:39 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

AirAsia Di Tangga Ke-24 Syarikat Penerbangan Global, Ke-7 Jenama Paling Bernilai Malaysia

KUALA LUMPUR, 30 Mei (Bernama) — AirAsia berada di kedudukan ke-24 dalam senarai jenama syarikat penerbangan paling bernilai di seluruh dunia dan jenama ketujuh paling bernilai di Malaysia dalam laporan terkini Brand Finance Malaysia 100 2025.

Dengan lonjakan sebanyak 66 peratus dalam nilai jenama kepada US$1.93 billion (US$1=RM 4.24), pengendali syarikat penerbangan itu dalam satu kenyataan berkata “kekuatan jenamanya disokong oleh sokongan pelanggan yang tinggi dan perhubungan jenama serantau, mengekalkan penarafan AAA serta kedudukannya antara 10 jenama paling kukuh di Malaysia”.

“Menurut Brand Finance, 100 jenama terbaik di Malaysia secara kolektifnya meningkat 16 peratus pada 2025, dengan sektor penerbangan mencatatkan peningkatan luar biasa sebanyak 85 peratus dalam nilai jenama secara keseluruhannya,” katanya.

Sumber: BERNAMA