AirAsia Hausboom Festival 2025 Kembali, Lebih Besar & Meriah

EntertainmentLifestyle
3 Sep 2025 • 3:00 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Festival muzik dan gaya hidup tahunan terbesar negara, AirAsia Hausboom Festival 2025 dikuasakan oleh Hotlink, bakal kembali pada 11 & 12 Oktober 2025 di MAEPS Serdang dengan tema baharu, Paint the Town Red.

Festival kali ini tampil lebih berani dengan kolaborasi besar bersama AirAsia, Hotlink, Perodua, 7-Eleven dan ramai lagi. Antara tarikan utama termasuk:

  • Cabutan Bertuah Perodua Ativa untuk pemegang tiket

  • Kempen AirAsia × Hausboom: Scan & Win dengan hadiah tiket penerbangan, baucar, wang tunai hingga RM50,000 dan tiket festival

  • Hausboom KL Foodie Fest – lebih 100 vendor makanan unik, masuk percuma!

  • Lokal Fest 2025 – 80 jenama streetwear & thrift eksklusif

  • Booth Hotlink dengan pelbagai hadiah termasuk tiket percuma, telefon pintar & tambah nilai

image is not available

Barisan artis juga padu – legenda seperti Dato’ M. Nasir, Ella, Jamal Abdillah, Slam, Def-Gab-C, diikuti nama besar Noh Salleh, Bunkface, K-Clique, 6ixth Sense serta artis popular seperti Dolla, Insomniacks, Salammusik dan ramai lagi. Turut memeriahkan, artis Indonesia seperti Samsons, Bernadya, Kunto Aji, Feby Putri, Nadhif Basalamah dan Ghea Indrawari.

Harga tiket bermula RM119 (GA), RM299 (Rockzone), RM1,200 (VIP). Tiket boleh dibeli di sayalive.io/hausboomfestival2025.

image is not available

Festival dua hari ini bukan sekadar muzik, tapi gabungan hiburan, gaya hidup, fesyen dan makanan – menjanjikan pengalaman yang lebih besar, lebih lantang, lebih meletup!