AirAsia X Dijenamakan Semula Sebagai AirAsia Group Berhad

LocalBusiness & Finance
10 Jul 2026 • 1:44 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

AirAsia X Berhad kini dikenali sebagai AirAsia Group Berhad yang menandakan langkah baharu untuk membina rangkaian penerbangan kos rendah yang lebih menyeluruh. Pertukaran nama ini telah diluluskan oleh para pemegang saham pada Mesyuarat Agung Tahunan ke‑19 pada 25 Jun 2026 dan didaftarkan oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia berkuat kuasa 2 Julai 2026.

Walaupun nama baharu itu berkuat kuasa pada 2 Julai 2026, syarikat hanya mengumumnya melalui siaran akhbar pada 9 Julai. Penjenamaan semula ini turut disertai dengan perubahan struktur korporat untuk menjadikannya lebih daripada sekadar perubahan luaran. Struktur baharu ini membolehkan AirAsia Group menyusun semula rangkaian penerbangan jarak dekat dan sederhana dengan lebih teratur.

Image from: AirAsia X Dijenamakan Semula Sebagai AirAsia Group Berhad

Malah, nama baharu ini turut mencerminkan pengambilalihan AirAsia Bhd dan AirAsia Aviation Group Limited daripada Capital A berkuat kuasa pada 18 Januari selepas pelupusan perniagaan penerbangan. Penjenamaan ini adalah sebahagian daripada proses penyusunan semula struktur korporat yang dijangka mampu membuka peluang pertumbuhan baharu serta meningkatkan pengalaman perjalanan penumpang

Seterusnya, syarikat ini berhasrat untuk muncul sebagai syarikat penerbangan kos rendah bertaraf global dengan menawarkan rangkaian besar dan harga yang berpatutan. Dengan armada yang lebih besar, AirAsia Group mahu mengambil peluang daripada peningkatan permintaan penerbangan di Asia sambil menguatkan kedudukan untuk pengembangan masa depan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved