
Semalam, media sosial kecoh dengan sidang media selebriti sensasi Bella Astillah susulan tular gambar serta tangkap layar mesejnya dengan pelakon baru, Muaz Zabir yang sangat mesra.
Bella dalam sidang media itu memberitahu perihal sebenar berkenaan rumah tangganya serta hubungan dengan pelakon baru itu.
Difahamkan, gambar tersebut sudah setahun yang lalu, pada ketika itu suaminya, Aliff Aziz dikatakan sedang ‘rapat’ dengan dua wanita lain dan Bella pula rapat dengan Muaz untuk mendapatkan perhatian Aliff atau dalam kata lain ingin membuat suaminya itu cemburu.
Sejurus berlangsungnya sidang media itu, ibu kepada Aliff Aziz memuat naik satu IG story berbaur sindiran namun tidak dinyatakan kepada siapa posting itu ditujukan.

“Air mata dan lakonan yang hebat boleh menutupi mata manusia akan perbuatan dan siapa kita yang sebenar.
Tetapi yakinlah kita pasti akan takut pada bayangan kita sendiri,” tulisnya berserta hashtag #PandanganIkhlas.
Dalam pada itu, di laman Instagram Bella pula terdapat satu IG story berbentuk sebuah video yang merakamkan suara ibu kepada Aliff Aziz yang mengatakan Bella itu hanya terkenal kerana skandal dan bukanlah artis yang berbakat.
Difahamkan, video tersebut dirakam oleh kawan-kawan sekolah Aliff di Singapura yang sentiasa membantu Bella dalam permasalahan rumah tangganya itu.
Makin panas isu ni ye…
Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

