“Penyanyi Hebat Tak Juga”- Bella Astillah Dedah Ibu Mentua Panggil Rakan Sekolah Untuk Aibkan Dirinya [Video]

Entertainment
4 Apr 2024 • 11:46 AM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Sejak semalam (3 April) nama penyanyi dan pelakon Bella Astillah menjadi bualan hangat di media sosial selepas terdapat dakwaan yang mengatakan aktres tersebut menjalin hubungan dengan seorang pelakon baharu.

Susulan tularnya dakwaan tersebut, Bella Astillah kemudiannnya tampil mengakui kesilapannya dan menjelaskan hubungan bersama pelakon baharu itu hanya ingin membuatkan suaminya iaitu Aliff Aziz cemburu.

Bella atau nama penuhnya Dayang Ara Nabellah Awang Astillah turut memaklumkan isu itu telah diketahui oleh Aliff termasuk keluar mentua dan telah bermaaf-maafan.

Bellah dedah ibu mentua hubungi rakan untuk burukkannya

Terbaharu, Bella Astillah turut meluahkan kekecewaannya apabila turut mendedahkan ibu mentua, Fiza Aziz juga ada memburukkan dirinya kepada rakan sekolah.

Perkara itu didedahkan oleh Bella ketika ditemubual oleh media berhubung dakwaan hubungannya bersama pelakon baharu terbabit.

Turut kongsi rakaman suara ibu mentua

Menerusi video yang dimuat naik oleh Xtra di Instagram, Bella dalam video tersebut turut berkongsi rakaman suara yang dipercayai milik ibu mentuanya.

“Ibu mentua saya hubungi mereka semua, kawan-kawan sekolah yang lama ni dalam tujuh, lapan orang. Datang ke rumah, untuk mengaibkan Bella.

“Bayangkan ya, orang yang sentiasa mengeluarkan kata-kata islamik, orang yang saya sayang, orang yang hormat boleh mengutuk saya.

“Dia (ibu mentua) kata nak cakap Bella tu penyanyi yang hebat tak juga, pelakon yang hebat pun tak juga. Allahu akbar, apa salah saya sampai perlu cakap macam tu,” katanya.

Ibu mentua muat naik luahan di IG Story

Dalam pada itu selepas beberapa pendedahan yang dibuat oleh aktres berkenaan sohor di media sosial, Fiza Aziz turut memuat naik satu hantaran di Instagram Story miliknya.

Walau bagaimanapun, hantaran itu tidak dapat dipastikan dituju kepada siapa.

“Air mata dan lakonan yang hebat boleh menutupi mata manusia akan perbuatan dan siapa kita yang sebenar, tetapi yakinlah kita pasti akan takut pada bayang-bayang kita sendiri. Wallahualam #PandanganIkhlas,” tulisnya.

image is not available