AirPods Dengan Kamera Sedang Diuji Tetapi Bukan Untuk Rakaman Gambar atau Video

TechnologyDigital
8 May 2026 • 9:30 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

AirPods Dengan Kamera Sedang Diuji Tetapi Bukan Untuk Rakaman Gambar atau Video

Ura-ura Apple membangunkan AirPods dengan kamera sudah didengari sejak penghujung tahun lalu. Pelbagai spekulasi mengenai bagaimana kamera ini akan digunakan mula muncul termasuk dakwaan ia boleh menangkap gambar serta rakaman video seperti Ray-Ban Meta.

Image from: AirPods Dengan Kamera Sedang Diuji Tetapi Bukan Untuk Rakaman Gambar atau Video

Dalam laporan terkini Bloomberg, Mark Gurman mengatakan Apple sudah memulakan ujian ke atas AirPods dengan kamera. Kamera pada fon telinga ini tidak boleh melakukan rakaman gambar atau video. Sebaliknya ia hanya akan melihat apabila disuruh oleh pemakai. Contohnya mengecam apa yang sedang dipegang atau dilihat serta mengira kalori makanan di depan mata.

Terdapat ciri ia melihat sekeliling supaya boleh memberikan peringatan kepada pemakai. Dalam laporan sama kamera atau diletakkan di kedua-dua putih AirPods kiri dan kanan membolehkan ia melihat sekeliling pemakai. Kerana kewujudan kamera, tangkai AirPods ini adalah lebih panjang berbanding pad AirPods Pro sekarang.

AirPods berkamera kini dalam fasa ujian Design Validation Testing (DVT) sebelum ke ujian Production Validation Testing (PVT) untuk pengeluaran awal dimulakan. Menurut laporan awal AirPods ini sepatutnya dilancarkan pad H1 2026 tetapi ditangguh kerana Siri dengan AI juga tertangguh lebih setahun sehingga memaksa Apple membayar pampasan.