Airwallex Kini Menawarkan Platform Perkhidmatan Kewangan Menyeluruh Untuk Memudahkan Penskalaan Perniagaan Tempatan

Business & FinanceStartup
14 Apr 2026 • 11:59 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Airwallex ialah platform kewangan digital yang dimanfaatkan oleh pelbagai syarikat-syarikat berskala kecil dan sederhana yang mahu memudahkan penerimaan pembayaran dan wang dari pelbagai pasaran berbeza, tidak kira dari skala Asia Pasifik, rantau Asia ataupun secara global.

Image from: Airwallex Kini Menawarkan Platform Perkhidmatan Kewangan Menyeluruh Untuk Memudahkan Penskalaan Perniagaan Tempatan

Malaysia merupakan salah satu pasaran ekonomi digital dengan pertumbuhan yang paling pantas di Asia Tenggara, dimana sektor perniagaan kecil dan sederhana (SME) merupakan 40 peratus daripada kadar pendapatan kasar negara ini.

Image from: Airwallex Kini Menawarkan Platform Perkhidmatan Kewangan Menyeluruh Untuk Memudahkan Penskalaan Perniagaan Tempatan

Banyak syarikat-syarikat Malaysia juga mempunyai kebolehan untuk memasuki pasaran luar negara, tetapi menghadapi kesukaran apabila ia tiba masa untuk menyokong matawang luar negara, khususnya apabila menerima pembayaran ataupun membayar pembekal dan para pekerja tempatan di pasaran tersebut.

Image from: Airwallex Kini Menawarkan Platform Perkhidmatan Kewangan Menyeluruh Untuk Memudahkan Penskalaan Perniagaan Tempatan

Airwallex baru-baru ini telah menerima Lesen Perniagaan Perkhidmatan Kewangan Kelas A dari Bank Negara Malaysia, dan ini membolehkan Airwallex untuk menawarkan pelbagai perkhidmatan-perkhidmatan baharu yang dilihat boleh membantu syarikat-syarikat tempatan untuk menskalakan perniagaan mereka kepada pasaran di luar negara dengan lebih cepat dan mudah.

Image from: Airwallex Kini Menawarkan Platform Perkhidmatan Kewangan Menyeluruh Untuk Memudahkan Penskalaan Perniagaan Tempatan

Airwallex tidak lama lagi akan membolehkan perniagaan Malaysia untuk:

  • Melengkapkan pendaftaran secara digital melalui satu pengalaman yang diperkemas
    untuk mengakses rangkaian produk global penuh Airwallex
  • Menerima, menyimpan dan mengurus dana melalui dompet berbilang mata wang
  • Menukar mata wang dengan mudah dalam platform dengan kadar FX yang kompetitif
  • Pemindahan wang ke seluruh dunia melalui pemindahan yang pantas
  • Mengeluarkan kad korporat Visa dan mengawal perbelanjaan dengan alat pengurusan
    perbelanjaan bersepadu
Image from: Airwallex Kini Menawarkan Platform Perkhidmatan Kewangan Menyeluruh Untuk Memudahkan Penskalaan Perniagaan Tempatan

Setakat ini, Airwallex dilihat sudahpun membantu jenama-jenama tempatan seperti Applecumby dan Whimsigirl untuk mengembangkan perniagaan mereka ke luar negara, dan bersama-sama dengan banyak syarikat-syarikat tempatan lain, mereka telah memproses transaksi hantaran wang sebanyak RM2 bilion pada tahun 2025 sahaja, dan menjangkakan bahawa angka tersebut akan terus meningkat sepanjang tahun ini.

Image from: Airwallex Kini Menawarkan Platform Perkhidmatan Kewangan Menyeluruh Untuk Memudahkan Penskalaan Perniagaan Tempatan

Menurut pihak Airwallex, penerimaan Lesen Perniagaan Perkhidmatan Kewangan Kelas A membolehkan syarikat-syarikat memegang sebanyak RM500 ribu didalam dompet digital syarikat mereka, dan ini adalah angka yang telah ditetapkan oleh pihak Bank Negara.

Airwallex Malaysia telah beroperasi di Malaysia sejak dua ke tiga tahun yang lepas, dan baru-baru ini, mereka juga telah menggandakan jumlah pekerja mereka ke 166 orang pada tahun lepas, dan angka tersebut dijangka akan digandakan pada tahun ini.

Pengembangan Airwallex di Malaysia ini dibina berasaskan pelaburan Airwallex yang lebih meluas di Asia Tenggara, menggabungkan kelulusan pengawalseliaan penuh dengan infrastruktur kewangan berteraskan AI yang direka untuk menyokong perniagaan tempatan.