Ais Kantong Legend Di Kuching, Anda Perlu Singgah Ke Ah Yong ABC Di Wayang Street Ini

28 Feb 2023 • 1:20 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Ais Kantong dan ABC di sini memang terbaik.

Ais Kantong Legend Di Kuching, Anda Perlu Singgah Ke Ah Yong ABC Di Wayang Street Ini. Buat pencinta makanan manis atau yang mempunyai sweet tooth di luar sana,anda perlu cuba Ais Kantong Legend id Ah Yong ABC di Wayang Street, Kuching ini.

Ah Yong ABC Ais Kantong ini sudah beroperasi dari tahun 80-an lagi dan menjadi salah satu port menikmati ABC yang popular dikalangan penduduk tempatan.

image is not available
Ais Kantong Legend Di Kuching, Anda Perlu Singgah Ke Ah Yong ABC Di Wayang Street Ini. Kredit foto: FB Sarawak My Hometown

image is not available
Kredit foto: Robin Wong

Hanya ada 2 menu sahaja di sini

Walaupun hanya mempunyai 2 menu sahaja di kedai mereka, namun gerai kecil ini berjaya membuat ramai penduduk tempatan jatuh cinta dengan menu yang mereka sediakan iaitu Ais Kantong dan juga ABC.

Masih lagi menggunakan kaedah sagat ais secara manual, ABC dan juga Ais Kantong di sini dibuat istimewa oleh pemiliknya yang berpengalaman.

Menu signature dan paling popular di sini, ais kantong merupakan kepalan ais yang dituangkan dengan dua jenis sirap manis iaitu sirap ros dan juga sirap sarsi.

image is not available
Kredit foto: FB Eu Sian Buntong

image is not available

ABC lazat penuh berkrim

Untuk menu ABCnya pula anda boleh memilih jika anda inginkan santan dalam ABC anda atau susu. Jika anda mengingikan ABC yang lebih pekat berkrim rasanya, kami sarankan anda untuk mencuba ABC santan mereka.

Menawarkan harga yang amat berpatutan, ais kantong serta ABC di sini boleh didapati dengan harga serendah RM 2.50 sahaja.

Tak jauh dari Waterfront dan juga Carpenter Street, anda boleh take away ais kantong dan ABC anda sambil bersiar-siar di destinasi tarikan utama di Kuching ini.

  • Lokasi: Ah Yong ABC Ais Kantong Sideway, Wayang St, 93000, Kuching.
  • Waktu beroperasi: Setiap hari kecuali Selasa 11 pagi hingga 5.30 petang.

Lagi tempat makan legend yang anda perlu cuba di sini: