Aisar Khaled Berdepan Laporan Polis Indonesia Atas Dakwaan Penipuan RM1.3 Juta?

14 Sep 2026 • 6:01 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

ft Aisar

Pempengaruh terkenal, Aisar Khaled dilaporkan kepada polis di Indonesia susulan dakwaan membabitkan wang berjumlah kira-kira 5.7 bilion rupiah (RM1.3 juta).

Menurut laporan Tribunnews.com, laporan polis itu dibuat pada Isnin di Kepolisian Daerah Metropolitan Jakarta Raya (Polda Metro Jaya) selepas Aisar didakwa tidak memberikan sebarang maklum balas terhadap tiga notis tuntutan yang dihantar kepadanya.

Peguam syarikat terbabit, Machi Achmad berkata, laporan berkenaan dibuat mengikut beberapa peruntukan di bawah Undang-Undang Nombor 1 Tahun 2023 mengenai Kitab Undang-Undang Hukum Pidana (KUHP).

“Kami hari ini mewakili pelanggan kami untuk melaporkan seorang pempengaruh mengikut Seksyen 492, 486 dan 607 Undang-Undang Nombor 1 Tahun 2023,” katanya ketika ditemui di Polda Metro Jaya pada Isnin.

Dalam pada itu, seorang lagi peguam, Michael Sugijanto menjelaskan bahawa isu tersebut dikatakan berpunca daripada perjanjian pelaburan antara Aisar dan syarikat berkenaan.

Katanya, berdasarkan perjanjian tersebut, masih terdapat baki kewajipan yang didakwa belum diselesaikan Aisar, berjumlah sekitar 5.7 bilion rupiah.

Screenshot 2026 09 14 175341

“Dalam perjanjian itu, baki yang belum dibayar Aisar sekitar 5.7 bilion rupiah,” katanya.

Michael turut mendakwa Aisar mempunyai beberapa tanggungjawab lain yang perlu dilaksanakan sebagai sebahagian daripada perjanjian tersebut, termasuk menghadiri acara tertentu secara langsung.

Bagaimanapun, pihak syarikat mendakwa kewajipan berkenaan masih belum diselesaikan seperti yang telah dipersetujui.

Menurut pihak peguam lagi, mereka sebelum ini cuba menyelesaikan masalah tersebut secara baik dengan menghubungi Aisar dan menghantar tiga notis tuntutan.

Namun, mereka mendakwa tidak menerima sebarang maklum balas daripada pempengaruh tersebut, termasuk maklumat mengenai keberadaannya.

Susulan laporan polis itu, pihak berkuasa Indonesia bakal menjalankan siasatan bagi menentukan sama ada terdapat unsur jenayah dalam pertikaian berkenaan. Bagaimanapun, Aisar setakat ini masih belum memberikan sebarang respon berhubung laporan tersebut.

Sumber : Sinar Harian

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved