Polis buru lelaki sepak kanak-kanak di Kota Bharu

13 Sep 2026 • 2:40 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Polis buru lelaki sepak kanak-kanak di Kota Bharu

KOTA BHARU: Polis sedang mengesan seorang lelaki yang didakwa menyepak seorang kanak-kanak perempuan dalam kejadian di sebuah kedai makan masakan Thai terkenal di Telipot, di sini.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Mohd. Azmir Damiri berkata, pihaknya menerima laporan daripada orang awam kira-kira pukul 10.24 malam tadi berhubung video kejadian yang tular dalam media sosial aplikasi Threads.

Katanya, klip video itu memaparkan seorang lelaki bertindak kasar dengan menyepak seorang kanak-kanak perempuan yang dipercayai anaknya di premis berkenaan.

“Video tersebut  dimuat naik oleh pemilik kedai makan terbabit menerusi akaun Facebook miliknya sebelum tular dalam media sosial.

“Susulan laporan diterima, polis membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta menyalurkannya kepada Inspektor Nur Faraheen Azman Lim di talian 011-11136722 bagi membantu siasatan. – UTUSAN

The post Polis buru lelaki sepak kanak-kanak di Kota Bharu appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved