Aisar Khaled Dikecam ‘Non-Stop’ Buat Konten Di Pengebumian Pemandu Gojek Dilanggar Trak Polis – “Main Bedal Peluk Bukan Mahram!”

LocalEntertainment
30 Aug 2025 • 11:15 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Sedia maklum, Indonesia sekarang ini sedang berduka susulan seorang pemandu gojek bernama Allahyarham Affan Kurniawan maut dilanggar oleh trak barracuda yang dipandu oleh polis berhampiran Dewan Perwakilan Rakyat (DPR) Indonesia pada Khamis.

Tidak terkecuali, personaliti media sosial, Aisar Khaled yang namanya dikenali di Indonesia turut berduka dan mengiringi jenazah Affan hingga ke tanah perkuburan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ☆ ☆ (@aisar_khaledd)

Bagaimanapun, tindakannya telah mendatangkan rasa kurang senang dikalangan netizen Indonesia serta Malaysia kerana dia seakan-akan tidak ikhlas melakukan perkara itu, malah dianggap ‘lapar’ konten sahaja.

image is not available

image is not available

Bukan itu saja, ada juga netizen yang menegur sikap Aisar yang sama sekali tidak menjaga batasan sebagai orang Islam kerana dengan selamba memeluk wanita bukan mahram.

image is not available 2025-08-23 11:07:37

Cuba Rangkul Bahu Naib Presiden Indonesia, Tangan Aisar Khaled Ditepis 'Bodyguard' - "Suka Suka Kau Je Nak Pegang"