Aisar Khaled Hadiahkan Motor, Wang Tunai Kepada Remaja Viralkan Video Rider

19 Sep 2023 • 12:48 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

Pempengaruh terkenal, Aisar Khaled baru-baru ini mencuri tumpuan ramai apabila menghadiahkan sebuah motosikal kepada penghantar makanan yang motosikalnya disita penguatkuasa.

Terbaru, Aisar buat ‘hal’ lagi apabila turut memberi hadiah kepada remaja yang merakam kejadian rider tersebut.

Difahamkan, remaja ini berada di lokasi kejadian kerana motosikalnya turut disita Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) disebabkan ‘roadtax’ tamat tempoh.

image is not available
Kredit: Instagram Aisar Khaled

Selain sebuah motosikal, remaja ini turut menerima wang tunai sebanyak RM3,000. Dengan nada sebak, remaja ini berkata wang akan digunakan untuk membayar yuran kolej yang sudah beberapa bulan tertunggak.

Di ruangan komen, pelbagai reaksi yang ditinggalkan orang ramai terhadap jasa baik Aisar ini. Ada yang memandangnya dari sudut positif, ada juga yang mengkritik berpendapat lebih baik ‘roadtax’ motor lama diperbaharui.

Apa pendapat korang pula?

Kredit: Instagram Aisar Khaled

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.