Individu Yang Viralkan Food Rider Juga Dapat Hadiah Motor & Wang Tunai Daripada Aisar Khaled

Entertainment
19 Sep 2023 • 4:24 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Sebelum ini ramai rakyat Malaysia tersentuh melihat satu rakaman viral memperlihatkan penghantar makanan yang terpaksa berjalan kaki setelah motornya disita. Isu terjawab apabila tuan badan akui salahnya, malah pempengaruh Aisar Khaled juga ada menghadiahkan sebiji motosikal kepadanya.

Tidak terhenti di situ, Aisar Khaled kemudian mencari individu yang tularkan video tersebut, ternyata, pemilik video tersebut juga rupa-rupanya adalah antara penunggang motosikal yang disita motornya pada hari yang sama dengan penghantar makanan itu.

Disebabkan itu, Aisar Khaled memanggil pemilik video tersebut dan berbesar hati untuk menghulurkan bantuan dengan memberikan hadiah motor baharu kepadanya.

Menurut Aisar, selain daripada motornya disita, dia juga ada tunggakan pembayaran kolej selama 3 bulan. Oleh sebab itu, Aisar juga telah memberikan remaja yang bernama Ikyy ini wang tunai.

Ikyy tidak dapat menahan sebak dan terus memeluk Aisar kerana terharu dengan bantuan dan pemberian daripada pempengaruh itu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ☆ ☆ (@aisar_khaledd)

Video ini telah membuatkan ramai netizen terharu dan majoriti memuji kemuliaan Aisar Khaled memberikan bantuan kepada pelajar tersebut.

Sumber : Instagram

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.