Aisar Khaledd hadiah motosikal kepada individu rakam ‘rider’ berjalan kaki

19 Sep 2023 • 11:39 AM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Pempengaruh media sosial, Aisar Khaledd masih membuat kejutan dengan menghadiahkan sebanyak 10 buah motosikal kepada pengikutnya setiap minggu.

Kali ini, salah seorang penerima bertuah merupakan individu yang merakamkan video tular membabitkan seorang penghantar makanan berjalan kaki apabila motosikalnya disita oleh pihak berkuasa.

Individu bernama Rizky atau dikenali sebagai Ikky itu telah dijemput hadir ke rumah Aisar untuk menerima hadiah sebuah motosikal sebagai tanda penghargaan kerana telah berkongsikan video ‘rider’ sehingga tular di media sosial.

Aisar Khaledd hadiah motosikal

Ikky yang merupakan pelajar Institut Pengajian Tinggi (IPT) memberitahu dia berada tempat kejadian kerana motornya juga disita oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) atas alasan yang sama iaitu cukai jalan telah tamat tempoh.

Bukan sahaja memberikan motosikal, malah pempengaruh berusia 23 tahun itu turut menghadiahkan wang tunai berjumlah RM3,000 kepada Ikky.

Ikky memberitahu duit itu akan digunakan bagi tujuan melunaskan bayaran yuran kolej berjumlah lebih RM1,000 yang tertunggak selama tiga bulan.

Video yang dikongsi di Instagram itu telah menerima maklum balas positif daripada warganet yang berterima kasih dan terharu dengan tindakan Aisar.

Terima kasih Aisar

image is not available

Terikut menangis

image is not available

Rezeki dia

image is not available

Terharu betul Aisar Khaledd hadiah motosikal

image is not available

Terdahulu, pempengaruh itu bermurah hati menghadiahkan sebuah motosikal baru dan wang tunai yang tidak dinyatakan jumlahnya kepada penghantar makanan yang tular akibat motornya disita.

Sumber: Instagram Aisar Khaled