Aisar Khaled Minta Doa, Mohon Segala Urusannya Dipermudahkan

LocalEntertainment
15 Sep 2026 • 12:13 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

Nama Aisar Khaled sekali lagi jadi perhatian selepas pempengaruh terkenal itu memuat naik satu perkongsian ringkas di Instagram Story.

Tanpa mendedahkan apa yang sedang dilaluinya, Aisar hanya menitipkan permintaan supaya orang ramai mendoakan agar segala urusannya dipermudahkan.

Semoga Allah mudahkan. Doakan ya.- Tulisnya.

Polis Indonesia terima laporan

aisar khaled

Aisar sebelum ini dilaporkan kepada pihak polis Indonesia berhubung dakwaan penipuan dan pengubahan wang membabitkan kira-kira 5.7 bilion rupiah atau RM1.3 juta. Laporan tersebut dibuat oleh sebuah agensi yang pernah bekerjasama dengannya di Indonesia menerusi wakil peguam, Machi Achmad.

Pihak berkenaan mendakwa tiga notis tuntutan sudah dihantar kepada Aisar, namun tidak menerima sebarang maklum balas. Seorang lagi peguam, Michael Sugijanto pula memaklumkan isu berkenaan dipercayai berkait dengan satu perjanjian pelaburan antara Aisar dan syarikat yang diwakilinya.

Menurutnya, terdapat beberapa tugasan yang dipersetujui dalam perjanjian tersebut, namun pihak agensi mendakwa kewajipan berkenaan tidak diselesaikan seperti yang ditetapkan.

The post Aisar Khaled Minta Doa, Mohon Segala Urusannya Dipermudahkan appeared first on Oh! Media.
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved