Perkongsian terbaharu pempengaruh dan YouTuber terkenal, Aisar Khaled di Instagram Story mencuri perhatian ramai.
Menerusi hantaran yang dimuat naik di akaun Instagram miliknya, Aisar dilihat memohon agar segala urusannya dipermudahkan oleh Allah SWT.

Dalam masa sama, dia turut meminta orang ramai untuk mendoakannya.
Semoga Allah mudahkan. Doakan ya.
Bagaimanapun, Aisar tidak menjelaskan secara terperinci mengenai perkara yang dimaksudkan dalam hantaran ringkas tersebut.
Terdahulu, Aisar dilaporkan kepada pihak polis Indonesia atas dakwaan penipuan dan pengubahan wang membabitkan nilai sekitar 5.7 bilion rupiah atau RM1.3 juta.
Laporan berkenaan dibuat oleh sebuah agensi yang pernah bekerjasama dengannya di Indonesia menerusi wakil peguam, Machi Achmad.
Pihak berkenaan mendakwa sudah tiga kali menghantar notis tuntutan kepada Aisar, namun tidak menerima sebarang maklum balas.
Sementara itu, seorang lagi peguam, Michael Sugijanto memaklumkan isu tersebut dipercayai berpunca daripada satu perjanjian pelaburan antara Aisar dan syarikat yang diwakili pihaknya.
Menurutnya, perjanjian berkenaan menetapkan beberapa tugasan yang perlu dilaksanakan oleh Aisar, namun pihak agensi mendakwa kewajipan tersebut tidak diselesaikan seperti yang dipersetujui.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Peserta 'Elit' Tercirit, Penganjur HYROX Keluar Kenyataan - "Mereka Yang Buli Siber Akan 'Dibanned' Seumur Hidup"
The post Didakwa Seleweng Dana RM1.3 Juta, Pempengaruh ‘Sultan Malaysia’ Diburu Polis Indonesia first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.






