Nahas helikopter KKM: Adik ipar juruterbang mohon doa

8 Sep 2026 • 7:12 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Nahas helikopter KKM: Adik ipar juruterbang mohon doa

PETALING JAYA – Lima individu termasuk seorang juruterbang berada dalam sebuah helikopter yang terhempas berhampiran Lapangan Terbang (STOLport) Long Lellang, Marudi, Sarawak, hari ini.

Menerusi perkongsian di Threads, seorang pengguna dikenali sebagai aimnsuhaimi memohon orang ramai mendoakan keselamatan semua individu yang terlibat, khususnya juruterbang yang merupakan abang iparnya.

“Hai semua Assalamualaikum, mohon doakan semua selamat ya. Especially the pilot (terutamanya juruterbang). Sebab juruterbang itu abang ipar saya. Harap yang ada maklumat tentang mereka boleh maklumkan kepada saya ya, sebab kakak saya belum tahu lagi pasal ini,” katanya.

Lima individu yang disenaraikan ialah Kapten Zainol, Dr Ainul, PPP Alexson Adit, SN Debra Moset dan SN Jessie Paya.

Terdahulu, media melaporkan Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) mengesahkan sebuah helikopter jenis BO-105 dengan nombor pendaftaran 9M-LLF terhempas berhampiran STOLport Long Lellang, Sarawak, hari ini.

CAAM dalam satu kenyataan ringkas berkata, pihaknya menerima makluman mengenai kejadian itu sekitar pukul 3.58 petang tadi.

Bagaimanapun, status kesemua individu berkenaan masih belum diketahui setakat ini dan perkara itu masih dalam siasatan serta tindakan pihak berkuasa. – KOSMO! ONLINE

The post Nahas helikopter KKM: Adik ipar juruterbang mohon doa appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved