Aisar Khaled Sebak Tinggalkan Keluarga Demi Misi Di Indonesia -“Aku Akan Kembali Setelah Semuanya Selesai”

7 May 2025 • 9:50 PM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Selebriti media sosial, Aisar Khaled mencuri tumpuan apabila berkongsi momen dia bersama keluarga, baru-baru ini.

Sebak Tinggal Keluarga

Menerusi perkongsian di Instagram (IG), Aisar memuat naik momen dia bersama ahli keluarganya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 sebelum berangkat kembali ke Indonesia.

Namun, apa yang menjadi perhatian adalah Aisar sebak dan meluahkan rasa berat hati untuk meninggalkan keluarganya. 

“Tinggalin keluarga demi satu misi.

“Momen aku takkan lupakan, selamat tinggal keluarga. Aku akan kembali setelah semuanya selesai,” tulisnya.

Penuh hiba, momen Aisar memberi salam dan pelukan kepada keluarganya sebelum berangkat ternyata menyentuh hati ramai.  
 

        View this post on Instagram                      

A post shared by ☆ ☆ (@aisar_khaledd)

 

 

Doa Abang Untuk Aisar 

Dalam masa sama, abangnya yang dikenali sebagai Anas turut mendoakan kesejahteraan selain mengakui turut bangga dengan adiknya itu.

“Selamat pergi dan pulang adikku Aisar, aku bangga sama kamu.

“Melepaskan, demi kamu membut lebih kebaikan kepada orang ramai. Akan kami  tunggu kepulanganmu Aisar,” tulisnya dalam sebuah perkongsian.

Pemergian Aisar ke Indonesia itu adalah bagi menjalankan misi memberi bantuan di seluruh republik itu.